OfficialFanficsAsk.fm

Tuesday 23 October 2012

It's end here [oneshot]


Thanks to kak nana johari sebab buatkan design yang sangat cantik dan semua mengenai 'dunia photoshop'. Thanks a lot.

It’s end here [oneshot]

Tolong guna imaginasi sebab aku tak guna watak artis dan semuanya ada watak rekaan semata-mata do 
read and don’t forget to comment okay? ^^

Im Jung Soo

Di bawah pohon rending, aku bersamanya. Membaca bahan bacaan merupakan hobi  kami berdua. Kini hampir genap 5 bulan kami sumpah setia akan bersama. Aku bahagia bersamanya. Dae Jun sentiasa memahami aku. Kami menangis bersama, bergelak ketawa dan segala kengangan pahit kami lalui bersama. Aku terlalu sayangkan dia. Seminit tanpanya bagai seribu tahun bagiku. Begitu pahit dan sepi. Semoga kami bersama selamanya.

“Jung Soo, ingat tak masa kita terjatuh kelmarin?”. Dae Jun yang bersandar di belakangku bersuara.

“Ingat. Kenapa?”.

“Jung comel sangat masa tu. Dae Jun pun tak tahu kenapa Jung comel sangat. Hehehe”.

“Alaa, Dae Jun tipu. Saja nak ambil hati Jung. Dae Jun nak pergi jugak ke wonderland tu?”.

“Hehehe. Mestilah, jom laa Jung. Dae Jun rindu sangat nak keluar dengan Jung”.

“Sekarang ni bukan keluar ke?”.

“Tak, Dae Jun nak lebih lagiii”.

“Eiii, gatal”.

“Hahaha, Jung, bila nak panggil Dae Jun ‘abang’ ?. Dae Jun nak sangat dengar !”.

“Erkk, tak nak la. Geli. Hahahahaha”.

“Kejamnya Jung. Huh,”. Dae Jun meneruskan bacaannya. Aku tergelak seketika melihat telatahnya. Macam budak-budak. Tubuh kuubahkan posisis bertentangan di hadapannya.

“Dae Jun, alalalalalala, jangan la merajuk. Tak suka lah”.

Dae Jun menjelirkan lidahnya.

“Hahahaha, Dae Jun, nak pergi tak wonderland?. Jung nak pergi ni”.

“Tak nak , pergilah sorang-sorang”. Dae Jun bingkas bangun meninggalkanku. Aku terkedu. Dae Jun merajuk? Sebab?

Wonderland?

 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Jeritan pengunjung didengari di cuping telinga. Ais cream yang semakin cair itu kujilat segera sambil mencari Dae Jun. Kalau-kalau dia ada dekat sini. Lepas dia bangun, terus lesap.

Berbagai gelagat dapat dilihat. Kanak-kanak riang berlari sana-sini. Tambahan pulak, hari ini merupakan hari cuti, jadi tak mustahillah kalau orang ramai ..

Mesti seronok kalau Dae Jun ada sekali. Hmm ,

Taktala bola mataku liar mencari Dae Jun, leherku seperti dipakaikan dengan sesuatu. Gerangan pemakai itu kupandang. ‘Si pemakai’ itu menjelirkan lidah kepadaku lantas aku membalasnya.

“Hmm, ingatkan tak nak datang”.

“Jahatlah Dae Jun ni, Jung cari merata tempat tau tak !”.

“Alolololo, kesiannya budak comel ni, jom ikut abang hensem”. Rantai bulu berbentuk tangan monyet itu kupegang. Macam budak-budak. Dae Jun sudah kehadapan.

“Jom naik roller coaster !”. Dae Jun menjerit riang. Aku menggelang berkali-kali.

“Tak nak !! takutt !!”.

“Wekk, tak nak dengar !”. Rantai monyet itu ditarik olehnya dengan kuat. Dengan terpaksa aku menurut. Namun sebaik saja aku tiba di tempat duduk roller coaster itu, air mataku mengalir.

“Jung ? kenapa ni?? okay takk ? Jung demam ke??”. Dahiku dilekap dengan tapak tangannya. Tak panas tapi berpeluh. Aku menggit bibir bawah.

“Jung takut tengok roller coaster tu…tak nak. Jung takut !”.

“Sebab tu je? Hahahaha”.

“Janganlah gelakkan Jung !”.

“Hahaha, okay-okay, sorry. Kalau Jung takut takpe la, kita tak payah naik”.

“Really?”.

“Yes honey”.

“Hehehe, kalau macam tu, jomlah balik”.

“Balik? Sape nak balik?”.

“Habis tu, kita nak buat apa?”.

  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

“Dae Jun ! janganlah lepas !!”. Jeritku di tengah-tengah gelanggang ais itu. Dae Jun dengan jahatnya melepaskan tanganku. Aku terjerit ketakutan. Namun, seketika kemudian, aku dapat mengawal pergerakan.

“Senang kan? Just flow it. Hahaha”.

“Eleh, macam lah dia tu terror sangat. Wekk”.

“Memang terror pun, hahaha, jom sayang !”. Tanganku ditarik lantas kami bermain bersama. Aku cuba memahami maksudnya , ‘sayang’.

Sayang?

Dae Jun memberhentikan langkahnya serentak kedua-dua tanganku diletakkan di bidang dadanya. Aku memandang wajah itu dengan penuh kasih-sayang. Masing-masing tersenyum.

“I love you, Im Jung Soo”.

“Choi Dae Jun, you are my love”.

Spontan Dae Jun menyentuh bibirku. Aku terkesima. Pada mulanya aku ingin melepaskan tautan itu namun pelukan Dae Jun semakin erat lantas kucupan itu kubalas. Sebuah kenangan yang indah, di tengah-tengah gelanggang ais, dia mengucapkan kalimah itu. Aku rasa dihargai.

 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Air fresh orange itu kusisip sedikit bagi membasahkan tekak. Pagi tadi, aku menjemput kakakku, Im Nam Jae di Incheon Airport. 5 bulan berada di Negara rautauan dan akhirnya dia pulang kembali. Sebenarnya, aku tidaklah rapat dengan kakakku memandangkan kami tidak sehaluan. Taktala aku selesai menjamu selera, Nam Jae memanggilku ke beranda biliknya.

Dengan langkah longlai aku memasuki bilik itu. Haruman‘city rush’ memenuhi ruang bilik yang besar itu. Nam Jae kelihatan berada di beranda sambil menikmati pemandangan malam. Aku berdehem perlahan.

“Kenapa unnie nak jumpa?”. Kerusi yang bertentangan dengannya itu kulabuhkan pinggul.

“Aku harap kau faham apa yang aku nak cakapkan ni. Sebenarnya dah lama aku fikir jadi, aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku cakap memandangkan aku akan tinggal tetap dekat sini”.

“Can you just straight to the point?”.

“Aku akan berkahwin dengan Dae Jun”.

Aku tergelak.

“But,..kenapa Dae Jun? dah takde orang lain ke dalam dunia ni?”.

“Can you please, listen my explanation first. Aku dah lama bercinta dengan Dae Jun, 5 bulan yang lalu, aku tinggalkan dia, sebab aku rasa tak bermakna aku duduk dekat sni. Hanya dengan dia. Aku biar hati dia terluka , aku biar dia derita seorang tapi sekarang ni aku nak tebus balik”.

“Kau ingat ni dunia fairytale ke? Ikut senang kau je nak tinggalkan orang?”.

“Kau harus sedar satu perkara, Dae Jun sukakan aku, dan bukan kau. Kau cuma bayangan aku.  Dae Jun hnya gunakan kau. Takkan tu pun kau tak sedar? Mana otak kau? Mana pelajar yang dahulunya papa selalu megah-megahkan tu? Kau sedar la Jung Soo. Dae Jun setahun tua daripada kau dan sebaya dengan aku. Dia takkan ada sebab kenapa dia perlu memilih kau”.

“Dia ada sebab, sebab dia cintakan aku”.

“Tak, dia tak cintakan kau. Kau percaya kata-kata dia?”.

“Aku percaya, aku tahu dia ucapkan untuk aku”.

“Contoh? Jung selalu nampak comel? I love you? “. Aku tergamam. Nam Jae tersenyum sinis kepadaku sambil menyilangkan tangan.

“Macam mana kau…..??”.

“Haha, betul kan? Dia selalu cakap macam tu dengan aku. Kalau kau tak percaya jugak, aku tak nak peduli, tempoh seminggu aku bagi dekat kau untuk pisah dengan dia. Just forget about your fairytale love. Hahaha”.

  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _

Gaun pengantin yang tersarung kemas itu kupandang. Ia hanya pakaian. Sarung tangan yang bewarna putih itu kupakai. Ia hanya sarung tngan. Taktala aku ingin keluar, juru mekap memberikan sejambak bunga ros bewarna merah yang segar. Ia hanya sejambak bunga. Di saat aku berada di luar rumah, beberapa orang mengucapkan tahniah kepadaku. Selepas itu, mereka bergerak ke taman untuk menyaksikan acara perkahwinan Nam Jae dan Dae Jun. Nam Jae dan Dae Jun dan bukannya Jung Soo dan Dae Jun.

Segalanya telah tamat. Noktah. Mereka akan berkahwin. Aku tak perlu untuk fikir sama ada Dae Jun cintakan aku atau tak, tetapi ia mengenai pengorbanan. Sejak zaman sekolah, Nam Jae sering tidak dibela dan kini aku akan menebusnya. Aku bukan binatang yang akan membiarkan cinta Nam Jae terhadap Dae Jun terhenti sebegitu sahaja. Aku rela berkorban. Sampai bila aku perlu bersikap dingin terhadap Nam Jae? 
Dia kakak aku.

Aku berdiri di perkarangan rumah. Pasti Nam Jae sudah ke taman. Aku tak peduli kalau Dae Jun terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat ‘pertukaran pengantin’. Nam Jae cintakan  Dae Jun dan aku perlu bekorban untuk mendapat secebis kasih-sayang dari Nam Jae.

Seketika kemudian, terdengar tepukan gemuruh menandakan ianya sudah selesai. Dada yang sesak itu kucuba tahan namun akhirnya air mataku menitis. Di mana ia menitis di atas bunga ros itu. Taktala aku ingin beredar, terdengar jeritan nama Dae Jun.

Dae Jun kelihatan berlari mendapatkan aku dari taman dan Nam Jae mengejarnya di belakang. Gaun yang dipakai Nam Jae adalah sama denganku. Dae Jun memegang bahuku dengan kuat.

“How many times I must tell you, I love you !!!”. Aku dijerkah olehnya. Bahu yang sakit itu memaksa aku untuk merengek kesakitan.

“Dae Jun lebih sakit !! kenapa perlu tukar pengantin ?! kenapa diam ?! cakap ! cakap !!!”.

“Jung tak cintakan Dae Jun ! puas hati ?! selama ni hanya tipu ! Jung, .. jung … jung benci Dae Jun ! penipu !”. Pegangan itu kulepaskan lantas berlalu mamasuki kereta.

Dae Jun mengetuk kuat cermin hitam itu berkali-kali. Jeritan namaku masih didengar. Aku menutup kedua-dua telingaku serentak air mata bercucuran mengalir. Terlalu perit. Dadaku sesak. Jiwaku pedih. Aku meraba dalam gelap, sendirian.

 * * * * * * * *

2 years later.
Beg yang tersarung di bahu kuletakkan di atas meja. Sekian lama menghilang, akhirnya aku pulang. Tubuh papa itu kupeluk erat. Mama yang berada di sebelah kucium pipinya. Mereka berdua tersenyum manis kepadaku.

“Akhirnya Jung pulang. Mama rindu sangat dengan Jung. Eh, mana suami kamu?”.

“Oh, Yong Kim ada kerja harini. Jadi terpaksa Jung datang sorang-sorang”.

“Tak pelah, hujung minggu nanti bawaklah dia datang. Eh Jung, pergilah masuk dulu.”.

“Tak pelah mama, Jung nak pergi taman kejap. Lenguh lagi ni sebab traffic jam tadi”. Mama dan Papa mengangguk lantas aku beredar ke taman. Sangkaku tiada orang, namun ada.

Dia sedang membaca buku. Dahulu, ia merupakan hobi kegemaran kami. Haha, kenangan ‘itu’ masih tersemat. Dae Jun yang perasan aku di belakangnya menoleh.

“Erm, hai. Jung nak ajak abang datang rumah Jung bulan depan, sebab nak celebrate birthday anak Jung, Camelia”. Abang? Agak kekok.

“Hahaha, Jung, bila nak panggil Dae Jun ‘abang’ ?. Dae Jun nak sangat dengar !”.

Semua kenangan itu sedang kucuba untuk lupakan. Dae Jun kelihatan kaget.

“Erm, Jung nak balik dah. Jumpa abang nanti”. Di saat aku ingin beredar, tanganku dipegang olehnya.

“Sorry for everything and I always hope that the past can be happens again”.

“Past is past and just forget it. I have a child and I happy now. See you later”. Perlahan-lahan tautan itu kulepaskan lantas kereta dihampiri.

Sebaik saja enjin dihidupkan, aku melihat wajah itu. Seukir senyuman nipis dihadiahkan lantas aku berlalu pergi.

Past it past.

And it’s end here.

Korang baca sampai habis ke ?? AAAAAAAAAAAA. Thanks sesangat dan sorry kalau tak best dan bosan. Terima kasih sebab sudi luang masa dengan baca ff merepek aku ni. Thanks a lott *throw love*